Monday, June 4, 2007

Jangan Pandang Belakang

OK lah, finally tengok jugak kiter ni cerita Jangan Pandang Belakang. Filem Seram arahan Ahmad Idham dan pelakon yang tak pernah dengar nama diorang seperti Pierre Andre, Intan Ladyana, Rio Elani, Khatijah Tan, dan Rusminah Sidek (yang si Pierre Andre tu takde kena mengena dengan Pierre Png).

Ok, cerita nya begini…..ini budak nama Dharma (Pierre Andre) telah kehilangan tunang jer….kesian mati tanpa sebab…maka dia dengan adik tunangnya ( Seri, bleh tahan lah kejambuannya) pon pergi meng-investigate apa dan siapa yang menyebabkan kematian Rose (that tunang) yang penuh misteri. Ok, malas lah nak cerita…pergi lah tengok sendiri.

On a more serious note, filem ni bagi saya menghampakan. Mungkin kerana ramai orang yang cakap ni cerita bagus, jadi machiam create high expectation like det lah. Filem ini bermula dengan penuh harapan ( Pak Haji dan orang kampung keluarkan syaitan yang merasuk saorang lelaki….dalam sebuah rumah kampong – menyeramkan juga lah) tapi setelah beberapa happening cerita ni tidak lah begitu seram, malah kelakar seram. Ahmad Nesfu lagi menyeramkan. The plot macham tak tentu arah dan terlalu banyak gunakan asap biru untuk menimbulkan suasana seram (nampak sah pinjam efek from Chinese Ghost Story - overdone). Hantu nya kaku dan at one part bleh nampak wire yang membuat efek penerbangan si pontianak tu (Ok, muka macham pontianak, walaupon ini cerita bukan pasal pontianak lah)

Part yang bleh dikatakan betul menyeramkan adalah adengan Dharma dan Opah (dan si hantu yang menyamar sebagai Opah). Tapi kalau fikir betul-betul, muka Opah je lebih menyeramkan jika dibandingkan dengan si Hantu.

Walaupon filem ini bagi saya tidak mencapai taraf cerita seram internasional, saya masih menggalakkan para pembaca pergi menontonnya demi untuk menilai usaha Pengarah dalam melahirkan suatu filem seram sensasi melayu yang sudah lama kiter tak jumpa.

Oh ya, one more thing. Sebagai intro, kita dikenalkan pada Surah An Nahl ayat 100. Tak relevan, kerana jalan cerita JPB adalah tentang rasukan hantu/syaitan akibat dari menyimpan (jumpa) botol yang mempunyai syaitan dengan TIDAK SENGAJA, bukan nya sengaja nak cari syaitan. Surah An Nahl Ayat 100 pula adalah tentang manusia yang sengaja memilih syaitan sebagai pemimpin dan syirik pada Allah s.w.t.

Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia pemimpin mereka, dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah.( An Nahl : 100)

OK, as usual, the You Tube trailer for Jangan Pandang belakang….